Red Butterfly
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 September 2012

Home Made Belacan Beehoon

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia... Huh, lama tak buat entry ni, ok tgk topic kat atas yer. sebenarnya sy nak pg Sarawak Balik pasal nak menyambut Hari Malaysia (sambutlah sangat) dan ada kursus di Sibu, Bintulu dan Mukah. Jadi Kena Minta tlg keluarga Angkat sy utk menjaga Ryann.. Mak cik nak sangat sy masak belacan mee hoon untuk dia, jadi sy pun masaklah utk dia, wpun taklah sesedap yang kita selalu makan di kedai tu, tapi oklah haha.. (lau tak ok taklah dia suh sy masak utk dia kan haha)
 
Mee belacan antara mee yang sebarisan dengan laksa Sarawak...tetapi belum famous mcm laksa Sarawak. Sesiapa yang minat makan belacan, bolehlah mencuba mee nie, tapi takdelah rasa belacan sgt. Cuma antara ramuannya sudah pasti ada belacan. Mee nie sebenarnya sekawan dgn Laksa Sarawak. Kire mcm kalo g kedai org kan selalu nak order laksa sarawak, jadi bebudak yang tak leh nak makan pedas maka orderlah belacan mee hon  ni.. Kalau di Sarawak, belacan yang sedap dan glamour(belacan pun ada yg glamour dan ada yg tidak..hihi), Belacan dari Bintulu atau Miri. Sekilo Rm 30.00. Oklah sini sy nak share serba sedikit resepinya


BAHAN-BAHAN

Mee Hoon Belacan

*(utk sebungkus meehon - mkn untuk 5-6 org)


Bhn A
Bwng Putih (5 ulas)
Bwng Merah (4 ulas)
Bwng Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan (1 sudu besar)
Kepala Udang Payak (dlm 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Hidup (2)
*jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr)

Bhn B
Meehoon (celur)
Telur ayam atau Telur Padi (di potong 4 atau 1/2)
Sotong Kembang (celur + hiris kecil)
Timun (hiris kecil)
Kacang  tanah diTumbuk


Cara Membuatnya :

1. Kisar bhn A d atas. Tumis hingga naik bau.
2. Di periuk yang berlainan, rebus kepala udang.
3. Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir skali masukkan tepung jagung sesedang pekat.
7. Angkat & hidang bersama bhn B.

Sebelum di tuang kuahnya

Ready to eat..

Trylah... Cuba dulu baru tau sedap ker tak.. haha

No comments:

Post a Comment