Red Butterfly
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 March 2012

Sebuah Tubuh Tanpa Jiwa

Khas buat seseorang yang pernah jadi sebahagian dari hidupku...

Abg,
Dulu abg pernah bejanji dgn cyg, yang abg takkan tinggakan cyg wpun apa yang akan terjadi..Tapi nape sekarang Abg dah berubah, abg tak macam dulu lagi.Abg dah tak syg qaleesya lagi ker? atau abg dah orang lain di hati abg. Selama ni cyg setia jer dgn abg.. Kenapa pasang surut hubungan kite kali ni makin selalu terjadi?
Abg, abg ingat lagi tak, abg suh cyg masak wpun pada hakikatnya cyg tak pandai masak,cyg belajar jer search internet, cari resepi tnya aqilah, tnya mak tnya kengkawan, akhirnya the first try cyg cuba menjadi gak.. tak tau lah betu2 menjadi atau abg saja nak ambik hati cyg... Wpun abg dok jauh (4jam) perjalanan cyg pergi jgak. sebab cyg tau abg lapar, then abg tak di hargai malah tak di peduli di rumah itu.. Jam 2 pagi selalunya cyg akan sampai membawa makanan2 utk abg.tapi cyg tak pernah berkira. kenapa? sebab cyg buat ikhlas dari hati n cyg tak nak abg kelaparan.Tergamak abg ckp abg tak perlukan pengorbanan cyg,seolah2 abg tak hargai apa cyg buat.
Abg,
Kekecewaan cyg mmglah teramat sgt,apa perasaan cyg bila di fitnah sedemikian rupa? perlu ker abg pergi menceritakan kat semua org di pejabat abg ttg keburukkan cyg? sampai kak nana memburukkan cyg kat FB? perluker?cyg tak tuduh abg.. tapi siapa lagi kao bukan abg? Ya allah mengucap bang. Abg sendiri kata abg kenal siapa qaleesya.. sikat n diri cyg berada di celah kuku abg jer.. pernah ker cyg memburukkan org sebelum ni, buruk baiknya org di sekeliling abg n cyg, cyg juz take positive jer,sbb cyg tak suka and abg pun selalu berpesan pada cyg biar org memburukkan kita, biar org membenci kita asalkan kita tak membenci org. Allah tak suka kan abg yang ajar cyg dulu mcm tu.  skarang apa dah jadi? Cyg amat sedih bila dapat tau benda ni berlaku, tak cukup dgn tu.. bnyk lagi... kalo yer pun abg membenci cyg, tak salah utk abg sms or call bagitau cyg, perlukah abg menggunakan org ketiga utk menjadi perantaraan dan org ketiga itu menggunakan laman sosial utk menyampaikan pada cyg...? Ya allah... huh..Sabar jerlah.

Abg,mcm lagu ezad yang abg nyanyikan utk cyg, percintaan ini amat memilukan, perpisahan ini sungguh menyakitkan namun apa daya,terpaksa ku telan semua kepahitan. Untuk kedua kalinya, masjid yang sepatutnya kita bina Runtuh lagi..... mungkin kali ni runtuh sepenuhnya dgn kongkrit kongkrit nya sekali hancur.. dgn pilingnya sekali hancur...Cyg tak salahkan Abg daam semua hal ini, sbb sememangnya abg baik, baik sebaik2 nya... Biarlah, mungkin org tak suka kita ni bersama, mungkin org dengki kot dgn hubungan kita, mungkin ada org yang rasa dirinya layak utk bersama abg dan bukannya Qaleesya.. Ya Allah... lepas ni siapa pun yang bersama abg biarlah. Abg tau sikap cyg, n abg tau mcm mana cyg and abg even tau apa yang ada pada cyg... semua itu... berserah pada abg. Mak abg pernah n selalu ckp kat cyg, KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA...


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir...ku terima perpisahan ini.Dulu kita satu jiwa... satu impian susah dan senang kita bersama... namun itu semua hanya sementara..hanya lagu yang menjadi ingatan, hanya lagu yang menjadi kenangan, seandainya masa itu kembali semula ingin ku memiliki lebih dari itu, mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir...

Abg, izinkan cyg untuk meluahkan rasa hati cyg..
Semakin cyg cuba melupakan abg, semakin cyg akan mengingati abg. andai ini ketentuan takdir, cyg doakan abg bahagia.Abg, terima kasih sbb pernah hadir dalam hidup cyg.Cyg tetap rasa bahagia bila mengingati detik2 itu wpun kadang2 cyg berkecil hati dgn kata2 atau sikap abg.. tapi cyg dah lupakan semua. Abg, Jasa dan budi abg tinggi puncak gunung, tidak ada nilai untuk cyg membayarnya, Nak cari mmg tak bertemu, Abg minta halal segala salah dan dosa cyg,Selama masa bergurau cyg dgn abg. Biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan akan cyg simpan kemas dalam hati. Biarlah cyg tersiksa, biarlah cyg derita, asalkan abg bahagia. Asalkan cyg tidak lagi menganggu hidup abg seperti yang abg nak. Asalkan abg tak perlu lagi melayan karenah-karenah cyg... Abg, Cyg doakan yang terbaik untuk abg,di dunia mahupun di akhirat. salam rindu di angin lalu, buatmu Muhammad Hanis

Monday 26 March 2012

Jodoh

Assalamualaikum....

Abang.....Cyg tau abg akan baca Blog ni... Terlebih dahulu cyg mohon ampun dan maaf sebelum apa yang bakal abg baca kat bawah  ni nanti...
Abang..Keadaan kita memang sukar sekarang ni, bukan kerana cinta yang menghalang mahupun sesiapa.Walaupun terpaksa kita terpisah namun hanya untuk seketika saja ataupun seamanya.. cyg berserah jer pada takdir...Macam yang abg pernah ckp kita takkan  pernah lepas dari cobaan dalam perjalanan percintaan kita tapi cyg relakan cinta cyg untuk abg dgn setulus hati cyg.Cyg pun yakin pada tulusnya kasih abg. Hanya kerana cinta cyg pada abg Cyg terpaksa melangkah jauh dan akan Sanggup menyepi mencari ilham cyg.. Jgn plak abg fikir pelik2 tak ada yang lebih dari itu. Hanya kerana cinta cyg jgk bersujud pasrah mengharapkan belas maaf dari abg Sepanjang ketiadaan Cyg nanti abg bawalah cyg ke dalam mimpi abg Agar insyaalah satu hari nanti Abg dpt dapat bersama cyg.Abg, walaupun hanya sementara kita bersama sentuhan abg sungguh indah wpun hnya sentuhan kata2.Ya Allah..  Hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku agar dia tahu ku tersiksa Tanpa cinta dia di hatiku Hanya mampu berserah Moga cahaya tiba nanti...

Abang... Cyg  sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah Pernah suatu ketika dulu kita punya harapan besar kini cyg tak pasti dapatkah cyg  miliki. Sudah jauh kita temu Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba ...
Jika halangan menduga Perjalanan kita Janganlah abg putus asa
Kerna cyg ada di sisi
Setia menemani abg wpun kita dah tak bersama
Andai semangat abg gugur Genggamlah tangan abg.. berdoalah selalu dan ingat...
Kita hampir ke situ

Abg,Adakala cyg terasa ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya berhenti separuh jalan Percayalah pada cyg...
Cyg  yakin kita mahupun abgmampu

Biar orang katakan rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi abg atau cyg
Tanda cyg punya abg... tapi Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. insyaallah.. Ada Jodoh adalah kita bersama...

Apapun... Cyg akan tetap menyayagi abg.. sampai ke akhir hayat cyg.. wpun kita tak bersama....

Saturday 24 March 2012

Andai ku tahu

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Bila disaat kita terjatuh tiada sesiapa yang akan berani atau mahupun mendekati kita, Kenapa Qaleesya berkata sedemikian, Mungkin kawan2 sekalian pernah mengalami benda yang sama dengan apa yang qaleesya alami, sebelum  sy meneruskan coretan titipan sy ni, izinkan sy mengucapkan ribuan terima kasih pada Abang Hanisku syg, kerana selama ni menganggap cyg sebahagian daripada keluarga abg..

Abg,
Sejujurnya, cyg bersyukur sesangat kat abg sebab menyayangi cyg dgn sepenuh hati abg.. Cyg bahagia sgt bila abg ckp yang abg akan sentiasa berada di sisi cyg hurm.. kalo ada family abg lagi berada di sisi kita kan best kan bang..

Hari ni,sy kesiankan seorang rakan, yang sy agak rapat dgn kerana dia tersedih (ayat baru) maaflah BM qaleesya slalunya abg hanis yang betulkan.entahah kenapa dia sedih, tapi kesian gak lah bila dgr cerita kenapa dia sedih tapi tak per, sy harap dia akan OK, erm.. buat org tu veria-cerialah selalu.. ermm Sy pun hairan kenapa org menggunakan kekurangan sebagai objek utk memandang rendah pada seseorg (alamak tul ke tak ayat sy ni) tapi tak perah tutup jer cerita ni..

Berbalik semula pada abg.. haha. hari ni dah dua kali sy menangis, bukan sebab kena marah abg hanis, menangis sebab terharu dgn kata2 cinta yang di lafazkannya.. erm.. jiwang Abg IK kte ni mlm2 buta tadi haha.. dalam HPl ah wpun kami berdekatan tapi tak eloklah keluar sampai lewat mlm..  Semakin hari, semakin dekat sy rasa diri sy ni pada Abg hanis, huh, sungguh merdu bila mendengar suaranya mengazankan Qaleesya// ha hairan? yer Abg Hanis mengazankan Qaleesya.. betul tak tipu, yelah dulu kecik2 mana ada org pernah azankan Qaleesya yerlah kitekan mualaf, tapi bila Abg Hanis sudi mengazankan Qaleesya (dlm HP) mmg bahagia rasanya dan mmg rasa tenang jer dunia ni, mmg sebati kot darah Qaleesya ni dgn Islam. Barulah Qaleesya lebih yakin untuk menjadi seorang wanita Islam, walapun tak berapa nak pandai sgt dalam Islam ni.. huhu.. Eh tapi kan erm, tak der apalah haha... Bagi kengkawan yang nak memeluk islam tu... Kalo sekadar nak peluk islam hanya kerana nak berkahwin or hanya saja2 baik fikir dua kali, tak elok tok memainkan agama.. Sebab bagi sy, Seorang Mualaf (wanita) wpun dah lama memeluk Islam jikalau dia kehilangan org yang dia syg & cintai (kira org yg membimbing dia) kerana kematian insyaallah dia akan redha dgn pemergian org itu dan akan tabah dan berjuang utk meneruskan hidupnya dgn agama yang di pilihnya, tapi seandainya dia kehilangan kerana putus cinta, putus tunang atau bercerai mahupun 98% dia akan murtad dan akan menganuit agama lamanya... tgklah betapa Hebatnya CINTA.. yer C-cinta I-itu N-nikmat T-tapi A-awas..

mmg cinta itu buta... jadi sebelum mengakhiri topic ni. qaleesya nak berpantun jap...

Kalau ke laut susur gelombang,
Jangan kemudi patah daunnya,
Kalau bertahun kasih dan sayang,
Jangan diuji dalamnya cinta. . .=)
 P/s: Nur Qaleesya will always Love Muhammad Hanis for the rest of her life..

Cantikkan?

Wednesday 21 March 2012

Terperanjat!!

Terkejut...

Baru nak tdo balik, tetiba terdengar pelik, mcm bunyi ada org nak masuk rumah, maka bangunlah tadi nak pergi melihatnya.. Pg depan tgk pagar (grill) kunci, pintu pun kunci dgn elok, p dapur pun pintu dapur kunci dgn elok, hurm... dah la mula seram sejuk. dah lah dok sorang2 ni.. adui, nak call Abg hanis dia dah lena tak nak ganggu kang kepala dia pening plak.nak call siapa g erk..

Perasaan takut dah mula menghantui sy.. alamak mcm mana ni... nak baca doa, mcm2 doa nak baca, time nilah pulak nak cari yassin,yassin dah di simpan dalam cupboard.. adui, maka dengan beraninya, sy bangun utk kali kedua... kali ni bawa kayu ni.. kayu golf ayah yang ada tinggal dalam stor.. pi kearah pintu belakang (veranda blakang)... yer... betul Qaleesya bertindak berani nak jadi Power Rangers kononnya... huh... mmg ada bunyi mcm bunyi ek..ek.. ek... mcm tu (mcm bunyi org kesakitan) Membawa hati yang berani 20% jer dan hati yang takut 80%  pergi kearah pintu blakang, Bush..... buka pintu aik takder gak org... terang benderang jer... Di saat ituah sy bermula berfikir.. "aku dok condo/apartment, mana ada pencuri eh masuk dgn sewenang-wenangnya, tingkat 12 lagi tu.. ya allah, kuatkan semangat hambamu ini:
tiba-tiba..... (nak wat suspen sikit)... jeng jeng jeng...

ada lagi bunyi tu... alah bunyi ek..ek..ek... tapi kali ni makin kuat plak. apa lagi sy makin takutlah, tapi tak gak puas hati maka mencarilah. bunyi itu dimanakah dtgnya eh dimana plak, dari manakah datangnya... adui.. bnyk tul suspen kan mcm wat cerita novel, ni kalo aqilah baca ni.. mmg dia akan kata akk dia ni sot kot haha...pusing punya pusing (padahal dpn pintu ant grill & pintu takler besar sgt)  HA!!!1 ALAMAK!!! Ya Allah!!! akhirnya aku dapat gak cari bunyi tu... ha. ha. apa ko org pk ni ha? eh tak der makna nya ada hatu dah pukul 4 pagi lebih dah mana ada hantu dah.. kalo yer pun ada hantu dah balik pun... nak tau apa... hahah Arnab qaleesya beranak... haha.. huhu sungguh menjengkelkan (kalo salah tlg gtau ek) beranak di pagi2 buta...ni.. bnyk giler darah.. nasib baiklah ada letak kain... maka terpaksalah qaleesya mengemas di awal pagi yang buta ni...sambil berfikir aik  tak sangka plak dia nak beranak awal, padahal baru jer beranak 3 ekor dulu.. pastu kali ni beranak lagi huh nak tau tak brapa ekor hehe.. kiralah sendiri jap aku upload gambar ek..

ni mak dia (lola)

Ni plak Bapak dia (kiki)

Dalam sangkar.. (veranda belakaang)

(dari kiri) Tomi,Choki , Cumey
 Tomi, Choki dan Cumey ni baka pertama (anak keluaran pertama) Lola & Kiki. Come kan..Lahir pada 24 Februari 2012. skrang ni kira dah dkat sebulan lah

Choki (3minggu)

Baka ke dua (2nd batch)
 Cuba ko org kira brapa ekor semuanya? ha... baru sebulan lebih Lola lahirkan 3 ekor ni dah beranak lagi 7 ekor lagi tu.. huh.. hebat gak sistem pembiakan arnab qaleesya ni haha. tapi yang iniqaleesya belum bagi nama lagi ah.. tak der dlm pkiran...


Kiki makan dgn gelojoh
 Ni lah makanan arnab-arnab qaleesya yang kot yang membuat lola termenangandung lagi ker atau entahlah... haha... qaleesya tak bagilah arnab2 makan carrot selalu... mahal bah, so bagi kobis jer lah haha..

Cumey (my fav)
Ha, comel kan, cumer  ni agak terkerhairanan mcm mana dia leh beranak lagi dlm masa sebulan lebih jer.. hurm ajaib kan ciptaan allah, nantilah qaleesya kaji lagi mcm mana pembiakan haiwan al maklumlah kte ni doktor manusia bukan doktor haiwan hehe... Abg opps sorry pic yang last ni cyg tak pakai tudung hehe... nak ambik gambar pun tpaksa letak hp kat atas kabinet tv.. erm.. 

kawan2, yang nak arnab2 ni calling2 lah qaleesya yer, qaleesya leh derma kat ko org lah seekor dua, tapi kena tunggu yang batch ke 2 tu membesar sedikit ada bulu baru leh ambil... terlalu bnyk kang veranda rumah qaleesya bau busuk plak, kang ada abg hanis marah kang.. haha... . 

Abg, 
ni kalo Hazim nampak ni mesti dia jeleskan haha... asal 2 ekor skarang jadi 12 ekor... huhu lagi kecil ok lah cumey dah besar huh.. melompat sana sini, tapi ttp cumey.. mcm tuannya jugak kan.. alahai...

oklah nak solat ni... hari ni qaleesya puasa... kenapa qaleesya puasa... haha tanyalah abg hanis kenapa... ok nak pi solat dulu nanti nak kena call kejutkan abg hanis bangun plak.. eh ko org jgn plak pk yang rumah qaleesya ni ada hantu hehe

Carta Hati

Dear Diary... assalamualaikum sumer..

Bangun pepagi buta mcm ni sebab dah tak leh nak tdo... huh mcm sy plak yang nak ambik result exam esok... hurm. tak leh nak tdo entah kenapa.. dah lama seronok sangat tadi dapat cakap dgn mak abg hanis.. lega rasanya, ada gak rupanya org sygkan qaleesya ni kan wpun dah kurang cerah (tinted) bak kata abg hanis kat sy.. haha.. nak di jadikan citer.. jap.. nak upload gambar dulu baru senang kite nak nilainya....

Dlm kereta
Ha... abg hanis kata muka sy ni dah gelap.. tak mcm dulu nampak mcm cina sekarang entah bagi dia nampak macam apa kot.. entahlah... adakah patut dia kata sy ni dah hitam.. adui2... hitam lah kot... sedih jer beta mendengarnya..Jadi esok nak kena cepat2 lah p cari fair & lovely.. takut makin gelap plak susah gak kang jadi gelap kereta alza dia (50% jer) kang leh kena saman JPJ.. haha.. yerlah tu

Abg, kalo nak pastikan sgt cyg tak buang tahi lalat tu, abg downloadlah gambar ni, then abg view dia ++ then tgklah Tahi lalat tu nampak tak haha... tapi yang ni tak nampak cantik adui... yang cyg bagi kat abg tu mlm tadi baru cun, tapi entahlah .. haha... ada g satu gambar yang cyg ambik masa cyg kat KL. ada kat email hehe... tgklah yer, tapi gambar tu agak tak brapa clearlah sebab jauh... huhu... so renung2 kan selamat beramal haha...

p/s: Abg, jangan terlalu & selalu sgt makan maggie tak baik utk kesihatan, masak lah makan kurangkan makan makanan luar k.. ..oppsss sejak bila Qaleesya jadi dietician ni.. haha



 as usual last but not least Nur Qaleesya will always love Muhd Hanis...

Tuesday 20 March 2012

Syukran Syukran

Assalamualaikum...salam satu malaysia..

hari ni, dgn hati gembira nya qaleesya nak g tau.. WARGH!!!!!! IM SO HAPPY.. sebab sy dah dapat Abg Hanis kesayangan sy balik...huhu... wpun hubungan kami agak dingin jgak sekarang, sekurangnya... sy dapat ambik hati dia bali, sy tau Hanis mmg ada lagi syg pada qaleesya.. mustahi dia leh lupakan kasih syg dia pada Nur Qaleesya Humairah ni... gadis yang mmg sygkan dia slama ni.Gadis yang dia bimbing sama ni yang dia islamkan dari seorang gadis yang hanya islam pada nama.. Betul kata kawan2. kalo dia lah jodoh kita.. insyaallah dia akan kembali pada kita..

Di saat sy mendengar suara dia tadi wpun dia bnyk tergelak, mmg aman tul rasa dunia ni, yang gelap terang semua, yang redup cerah semula apa lagi ek istilah yang sy nak cakap ni hehe.. berkat doa dari kawan2 and mungkin dari bakal keluarga mertua saya, alhamdulilah kami baik semula..

Abg,
Thanks sbb maafkan cyg, and thanks sbb cinta and kasihkan syg.. huh... beginiah kebesaran allah kan.. sedangkn masa dlu..ada seorang yahudi buta slalu mencaci nabi,mngutuk,mmfitnah nabi..tp nabi slalu mnyuap dia mkn stiap hari dgn lemah lmbut tnpa dia sedar.1hari,nabi telah mninggal dunia..laki 2 bertanya,ke mana org yg slalu mnyuap mknnya pergi.lalu org mnjawab,org itu telah mninggal dnia.org buta brtanya,siapa org itu..shabat nabi mnjawab..nabi muhammad..laki buta 2 terus mnangis dan terus memeluk islam. Cerita nabi ni lah yang mengingatkan cyg pada abg.. syukurlah cyg dapat abg balik, maka adalah org ang akan mengimamkan solat cyg... (eh lebih2 plak).

 Abg,
Sekali lagi syg mohon ampun dan maaf pada abg yer.. apa pun cyg harap abg sentiasa sihat selalu... dah abg tu cirit birit sekarang, watlah air garam utk minum.. minum air masak bnyk.. air swam.. jgn nak banggakan sgt diri tu dah kurus... sebab Org kat sini lagi kurus dari awk haha.. baru 50kg.. jum chalen brapa Kg dgn cyg haha... oklah

apapun... Nur qaleesya akan tetap sygkan Muhd Hanis... and thats final!!


Sentiasa berada di carta hati

Tuesday 13 March 2012

Saya Sayang Awak...

Assalamualaikum...

Abg, cyg tau abg akan baca blog ni wpun abg sakit hati... jgn risau tak kan ada sesiapa yang akan baca apa yang cyg tulis ni... gpun bnyk org pk blog ni dah tak der... tetiba plak setelah cyg pkir abis, cyg nakkan jawapan dari abg... kenapa abg sanggup buat cyg mcm ni... tapi cyg cuba redha, namun bagi cyg takkan ada penghujungnya kalo endingnya mcm ni, mmg so dramatic but not nice to view.. ok, apa yang bakal cyg tulis ni mungkin abg akan ada rasa sesuatu... abg hayatilah apa yang cyg tulis ni and fikirlah dalam2...

Abg,
Abglah insan yang paling baik cyg pernah kenali... tak ada siapa yang dpt gantikan abg utk cyg..bng tau tak, cyg masih simpan semua kenangan sewaktu kita bersama..wpun bagi abg mungkin semua tu dah tak der maknanya... 10 march sepatutnya kita dah bersatu tapi abg dah missing in action awal dari tarikh tersebut.. Dah lama tak berborak dgn abg, dah lama tak dgr abg membebel..dah lama tak dengar ajaran-ajaran agama yang abg selalu ajarkan pada cyg, dah lama tak dengar cerita-cerita nabi yang abg suka ceritakan pada cyg .. dah lama tak dengar abg marah cyg..dah lama tak dengar abg tnya "cyg keluar tadi pakai tudung tak?" cyg tau abg mgkin ada terasa cyg ni buat sesuatu yang mendownkan keyakinan abg pada cyg, tapi abg tak leh lari dari masalah sptmana abg pernah buat dulu, berdiam diri mcm ni tak kan menyelesaikan masalah, patah seribu pun takkan ada pengganti abg di hati cyg..

Abg,
cyg selalu ingat kata-kata abg, jgn tinggalkan solat, solat tu tiang agama.. jgn bila susah jer baru ingat tuhan.. Tanpa abg tiadalah terjalin cinta di hati ini.. "humairah" nama yang abg suka... takkan abg tak ingat... Ingat tak tiap mlm abg akan nyanyi lagu utk cyg, tak kira lah lagu apa.. wpun suara abg tak sedap, bagi cyg mmg sedap. tiap mlm abg akan bagi kiss melalui fon, abg kata tak leh nak kiss betol2 sbb kita tak khwin sah lagi cyg mengiakan.abg, time tu cyg happy sgt2.. mcm kita berdua jer kat dunia ni..abg selalu berkata, kita mcm enggang dan pipit.. dari segi segalanya, tapi cyg selalu kata bukan itu yang akan membahagiakan kita..

Abg,
cyg ingat lagi cyg pernah ckp, cyg sanggup kehilangan abg tapi cyg tak kan sanggup kehilangan mak abg, yer kini dah ternyata betul, hari demi hari, cyg selalu mengharapkan panggilan dari mak abg... spt mana yg abg tau. cyg hanya ada mak abg utk cyg menumpang kasih.. hari demi hari... cyg tunggu sampai sekarang, ada kalanya ada gak adik abg (aqilah) sms cyg tnya khbar, masa dan ketika itu cyg mmg sangat gembira.. wpun cyg tak bercakap atau sms dgn mak abg, sekurangnya ada lagi sedikit cyg dari family abg utk cyg, tapi cyg tak pastilah apa semua itu benar atau tak..sejujurnya mmg cyg terlalu mencintai abg n terlalu sygkan family abg terutama sekali mak abg..  bukan senang nak dapat mak yang baik mcm mak abg, dan family yang penuh dgn kasih sayang mcm family abg...Apa jugak kurangnya abg.. abg mmg seorang lelaki yang baik, bukan setakat baik, abg hebat, abg tabah.. abglah segalanya utk cyg, abglah.. muhd hanis utk cyg, muhd hanis yang telah mengislamkan Nur Qaleesya dulu yang hanya islam pada nama, yang mengajar cyg guna tudung, yang memastikan cyg hafal surah al-fatihah dan doa makan selalu, yang akan sentiasa di sisi cyg bila cyg amat memerlukan perhatian dan tmpat utk meminjam bahu, yer mmg abg...

Abg, andai abg ada membaca habis blog ni, cyg minta abg fikirlah elok2 semula... cyg tau cyg bnyk wat salah kat abg.. cyg bnyk wat abg sakit hati.. Maaf di pinta dari Nur Qaleesya utk Muhammad Hanis. wpun abg tak nak maafkan cyg, itu terpulang pada abg.. cyg ingat lagi kata2 abg, and cyg akan ingat kata2 abg.... "Abg beli Alza sebab abg sygkan cyg, kalo tak abg dah beli Gen2 dah". terima kasih bnyk2 sbb buat semua tu utk cyg.. Panggilan or sms dari abg akan cyg tunggu sampai bila2...

wpun abg bukan yang pertama hadir dalam hidup cyg... tapi percayalah abg lah yang terakhir  yang bertahta di hati syg.. cyg hope abg boleh buang yang keruh ambil yang jernih, tak kan tak ada sekelumit pun cinta kasih abg pada Nur Qaleesya yang pernah abg cintai dulu... mcm yang abg pernah ckp, kalo nabi boleh mengampunkan umatnya takkan kita sesama insan tak boleh. bukan abg dah janji abg nak imamkan soat cyg ker? abg janji abg nak hadiahkan cyg telekung yang ada sulaman bunga pink, and abg janji abg nak jadikan 1 lorry ribena sbg hantaran ...

apapun abg... baik buruknya kita bersama dulu ttp cyg jadikan kenangan.. cyg rindu tiap2 pagi tepat jam 6.15 cyg akan kejut abg bangun solat, then kemudian jam 7.00 pagi cyg akan kejut lagi sekali utk abg p kerja.. 7.30 smentara memanaskan enjin kereta abg akan makan popia cyg smbil call cyg utk pastikan cyg sihat... cyg rindukan semua tu... cyg berharap sgt abg leh ingat kat cyg kembali and selesaikan impian kita yang pernah kita janji dulu...

selagi cyg masih bernafas, insyaallah cyg janji cyg akan tunggu abg sampai bila2... wpun patah tumbuh hilang berganti... namun yang tumbuh berganti baru itu takkan ada semua yang ada pada yang dah patah & hilang tue..

Nur Qaleesya will always love Muhammad Hanis......