Red Butterfly
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 September 2012

Home Made Belacan Beehoon

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia... Huh, lama tak buat entry ni, ok tgk topic kat atas yer. sebenarnya sy nak pg Sarawak Balik pasal nak menyambut Hari Malaysia (sambutlah sangat) dan ada kursus di Sibu, Bintulu dan Mukah. Jadi Kena Minta tlg keluarga Angkat sy utk menjaga Ryann.. Mak cik nak sangat sy masak belacan mee hoon untuk dia, jadi sy pun masaklah utk dia, wpun taklah sesedap yang kita selalu makan di kedai tu, tapi oklah haha.. (lau tak ok taklah dia suh sy masak utk dia kan haha)
 
Mee belacan antara mee yang sebarisan dengan laksa Sarawak...tetapi belum famous mcm laksa Sarawak. Sesiapa yang minat makan belacan, bolehlah mencuba mee nie, tapi takdelah rasa belacan sgt. Cuma antara ramuannya sudah pasti ada belacan. Mee nie sebenarnya sekawan dgn Laksa Sarawak. Kire mcm kalo g kedai org kan selalu nak order laksa sarawak, jadi bebudak yang tak leh nak makan pedas maka orderlah belacan mee hon  ni.. Kalau di Sarawak, belacan yang sedap dan glamour(belacan pun ada yg glamour dan ada yg tidak..hihi), Belacan dari Bintulu atau Miri. Sekilo Rm 30.00. Oklah sini sy nak share serba sedikit resepinya


BAHAN-BAHAN

Mee Hoon Belacan

*(utk sebungkus meehon - mkn untuk 5-6 org)


Bhn A
Bwng Putih (5 ulas)
Bwng Merah (4 ulas)
Bwng Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan (1 sudu besar)
Kepala Udang Payak (dlm 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Hidup (2)
*jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr)

Bhn B
Meehoon (celur)
Telur ayam atau Telur Padi (di potong 4 atau 1/2)
Sotong Kembang (celur + hiris kecil)
Timun (hiris kecil)
Kacang  tanah diTumbuk


Cara Membuatnya :

1. Kisar bhn A d atas. Tumis hingga naik bau.
2. Di periuk yang berlainan, rebus kepala udang.
3. Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir skali masukkan tepung jagung sesedang pekat.
7. Angkat & hidang bersama bhn B.

Sebelum di tuang kuahnya

Ready to eat..

Trylah... Cuba dulu baru tau sedap ker tak.. haha

Thursday 13 September 2012

Dugaan..

Assalamualaikum..

Hari yang sungguh panas hari ni.. Nak G tau kami (Qaleesya& ryann) ada kat Putrajaya dah haha.. buat apa kat sini? ha tu lah nak g tau ni... Sy dah dapat posting kat Putrajaya.. best kan? yelah sekali sekala lari keluar dari sarawak cehh amboi... Pepandai jer.. tak ler, saja jer tukar angin.. haha.. insyaalah mungkin rezeki sy di negeri org akan melimpah limpah.. mana tau kan.. Ok.. Muhd Ryann Qashry Abdullah nama di beri.. Tak lama lagi akan di serahkan kepada Ayah Barunya.. Siapa ayah dia biarlah Rahsia.
Sedihkan bunyinya... tapi demi kebaikkan Ryann dan sy, itulah keputusan yang sy rasa terbaik utk kami berdua. yelah kesian plak Ryann berbin kan Abdullah padahal ayahnya bukan nama Abdullah pun kan.. Insyaallah dalam sebulan lagi Terserahlah Nama Muhammad Ryann Qashry bin ********.... haha.. rahsia,,

Anda tentu rasa pelik kan kenapa sy sanggup bagi ryann pada org lain, Ok, mcm ni ceritanya.. sy kan bekerja siang mlm membanting tulang untuk hidup (bantinglah sangat) yelah dgn Kerja sy hidup lagi di PJ bukan senang nak jadi Ibu tunggal  wpun sy ni berpangkat doktoriat.. seperti sedia maklum taraf hidup di semenanjung agak tinggi jika di bandingkan dgn di sarawak, bukan tak mampu nak bagi ryann makan juz sy takut dgn kerja saya nanti ryann terabai , terkurang kasih syg dia, g pun sekarang pun sy rasa berat gak nak syg timang2 dia.. bukan apa, wajah ryann mirip muka seseorang yang harus sy lupakan untuk meneruskan hidup saya haha.. cehh ayat.. Lagi satu.. Sy ni muda lagi kan, tak sesuai pun jadi Ibu tunggal haha..diri sendiri pun tak terurus, apatah lagi ryann kan, nanti agama ke mana, makan ke mana hidup pun terkontang kanting, tak pasal2 masuk bersamamu.. tv3.. eh salah bukan bersamamu.. Jejak kasih.. haha...

Oklah buat masa ni ada masalah sy nak mengupdate blogg sebabnya sy ni tak kerja gi, skarang dok tengah menguruskan surat dan segala keperluan utk proses penyerahan Muhammad Ryann sbg anak angkat.. sehingga kita bertemulagi.. Sekian ...


Muhd Ryann