Red Butterfly
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 19 July 2012

Ryann Qashry

 Hai Sumer... Assalamualaikum... huh, masa kenduri kesyukuran ryan masa tu bnyk hadiah yang ryan dapat.. thanks semua auntie2 dan uncle2 untuk semua hadiah yang dibagi.. sy tak der idea plak nak mengupdate blog ni.. juz nak g tau kesihatan sy ok jer..maaflah tak mengupload gambar saya haha, skrang tgh gempal g, yelah baru pas lahirkan.. kang dah habis pantang baru sy upload gmbar sy... tak perlah tgk jer gmbar2 kat bawah ni ek
Ryan skarang asyik tdo jer kerja







Comel kan dia tdo dlm bakul hehe




Thursday 5 July 2012

Impak Maksima

Asslamualaikum, Salam Sejahtera & salam Satu Malaysia..

Hai sume.. (mcm lah bnyk yg membaca).. Sejak akhir2 ni rajin Plak Si mumy baru ni update blog kan? haha.. yelah dah tgh cuti pantang ndak ada apa nak dibuat, jadi rajinlah mengupdate blog sambil berehat.. nak masak, Jahitan di perut ni belum lah jgk elok sangat.. Almaklumlah Melahirkan Ryan ikut tingkap (Ceasor)..

Huh, Baby Ryan Sihat jer, cuma ada kena Kuning sikit, Nasib baiklah ada kawan Ms teo yang sanggup membantu bawa kami ke sini ke sana.... Tuhan jer yang boleh membalasnya.. Huhu, saya ada satu perasaan yang agak kerang menyenangkan,, entah kenapa.. rasa mcm entahlah tak tau nak ckp mcm mana.. Setiap Kali terpandang wajah Baby Ryan, teringat plak kat seseorang.. huhu.. tapi takperlah perasaan jer tu, Sy tau saya kena kuat.. Boleh g hidup tanpa dia . Hidup sebagai Ibu tunggal.. Thanks lah Buat Si  S*****.. yang bnyk bagi sy kata2 semangat, kata2 nasihat dan mcm2 lagi wpun kami hanya berhubung melalui HP sebab nak mengelak dari tomahan org kan.. Dan nasihat seorang kakak yang baru sy kenal melalui FB jgk.. Seorang Ibu & seorang Isteri yang bersifat penyayang..

Hati Mana yang tak tersentuh, cuba bg tau lebih2 lagi rupa paras Baby saling tak tumpah mcm muka Ayahnya.. (tumpah ker? bak kata kawan sy).. Mmg di Hati sy ni hari2 mengharap si dia akan call atau sms sy sekurangnya bertanya khbar lah, tapi harapan sy just tinggal harapan, gpun sy tau n saya masak sangat dgn perangai dia. mcm mana dia mengelakkan diri dia dari ex ex dia dulu mcm tulah dia mengelakkan diri dia dari sy yang secara sahnya telah menjadi Ex dia jugak.. Ya Allah Kuatkanlah semangat Hambamu ini... sy tak taulah sama ada sy boleh ke tak membesarkan Bayi ini seorang dgn cukup agama yang diri sy hanya ada tak sampai pun10%.. terumbang ambing lagi.. Impak tu memg semaksima yang boleh huhu.. Ingat Lagi semua Kata2 yang pernah dia ajari sy dulu, Solat jgn tinggal huh tapi kini semua kata2 tinggal kata2 jer. Solat entah kemana? Akidah pun dah entah kemana.. Tapi takper, seorang hamba allah ni pernah berkata pada sy.. Kita manusia takkan pernah lari dari kesilapan dan dosa,.. dan pintu taubat itu sentiasa terbuka utk kita.. insyaallah, jika diizinkan allah sy bertaubat demi diri sy dan anak sy wpun anak sy ni anak luar nikah.. Ingin rasanya memberikan Ryan pada org lain, tapi manakan daya sy nak melihat ryan bsama org lain, tapi jika tak dibaginya mcm mana sy nak pergi kerja?

Ya allah bnyknya dugaan yang perlu aku hadapi.. Dulu dia pernah berkata "ill never hurt u" indeed its a lie...huh tak perlah, sy berdoa satu hari Tuhan Buka hatinya utk dtg melihat sendiri anaknya wpun tiada ikatan sah antara kami... Ryan tetap darah daging dia..saya nak kembali ke agama asal sy supaya family sy boleh terima sy kembali tetapi Ryan sy tak bleh plak nak jadikan dia seagama dgn sy  oklah.. stakat ni jer dulu entry sy kali ini..

Saya harap awk tahu saya still sayangkan awak.. wpun say tau Kita takkan dapat bersama..kerana kesangsian awk terhadap sy...

Tuesday 3 July 2012

Alhamdulilah... a.k.a Habis Madu sepah Dibuang (Part II)

Assalamualaikum , Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia.. haha

Lama Sy tak Mengupdate Blog ni, yelah Kesihatan tak berapa mengizinkan... Tgk Status kat atas.. ha.. Nak g tau Sy dah selamat melahirkan seorang Baby Lelaki... Terkejutkan.. Ingat tak Entry Habis Madu sepah Dibuang (part I) dulu.. Sebenarnya tulah kisah saya sajer jer tak nak mengembar gemburkan haha.. yelah tak elok kita nak mengaibkan org n diri sendiri kan, tapi dah jadi mcm ni kita kena redha, Syukur Alhamdulilah sy pun selamat, Baby sy pun dah selamat. wpun dilahirkan tak cukup bulan atas sebab2 kesihatan gaklah, dia lahir gak kedunia ni.. wpun pada mulanya mcm2 yang sy buat nak gugurkan kandungan lah dan mcm2 lagi yelah.. dh sy mengandung tanpa Suami yang sah haha.. Atas nasihat seorang kawan yg sy hanya berhubung melalui Hp A.K.A kwn kpd bekas tunang sy (not officially) , Lahir gak sy Baby ni ke dunia..takperlah malas dah nak ingat benda yang dah lama, gpun Ayah kepada Bayi tersebut pun takkan nak mengaku Ryan ni anak dia, tapi takper.. Wpun Ryan Akan hidup tanpa Ayah, Insyaallah dia akan membesar dgn sihat dan baik, Ada gak Hasrat nak menyerahkan Bayi ni pada Jabatan Kebajikan Masyarakat or Bagi Pada Pasangan2 yang inginkan Anak, tapi Dia masih kecil g dan Masih Menyusu Badan,, Ya Allah, Kuatkan Semangatku untuk Bersama Bayi ni,, Huh.. Bnyk Kengkawan kata Muka Bayi ni Saling Tak tumpah mcm muka Ayahnya haha..takper, skurangnya sy tak Dapat nak merasa Jadi Bini dia yang sah at least sy ada pernah melahirkan zuriatnya.. Takkan ada sesiapa pun yang akan menyalahkan dia, sbb takkan ada sesiapa yang percaya apa yang dah kami buat.. Kenapa sy ckp kami sebab sy taknak dia rasa bersalah wpun sememangnya dia mungkin atau tak bersalah.. yelah nafsu boleh buat kita lalai. Sy dah pun dibuang keluarga kerana memeluk islam apatah lagi lau dah beranak tanpa suami yang sah, Sudahlah Jatuh di timpa Tangga lagi.. Mmg asalnya nak dibuang bayi ini dahulu sebab takut nak menempuh apa yang bakal terjadi di kemuadian hari, Tapi takut untuk pergi membuat Proses keguguran itu kerana sakit dan perlu bertarung dgn nyawa dan setelah buat dosa"berzina" takkan nak buat dosa membunuh pulak kan.. tapi tak perlah apa yang dah jadi biarlah.. itu antara Saya & Allah.Lagipun sy  yakin Dia gerenti akan berjaya menutup pekung didada bila bercakap dgn Keluarganya.. Yelah Mak Bapa Mana yang tak Sayang Anak kan.. Insyaallah , Allah Akan membalas perbuatannya.. huhu yang sy tau sy mmg bersalah tapi bukankan sepatutnya dia bersama utk mencari jalan penyelesaiannya bukannya membiarkan sy Keseorang mencari Jalan sehinng menemui jalan buntukan.. Solat 5 kali sehari pun belum tentu masuk Syurga.. Boleh Lagi kata sy menghina Islam. Padahal sy pun Islam dan saya memilih agama ini jadi apakah Jadahnya sy nak Menghina Islam, jadi untuk adik2... Oklah tak nak Membebel Bnyk tak elok kang berdosa g, cukuplah slama ni sy dah tanggung bnyk dosa haha.. oh yer.. Bwh ni sy ada sertakan sekali Gambar Baby Ryan serta biodatanya..

Sedap jer dia tido


Ciuman yg Pertama

Mandi2 Dgn Auntie










Name: Muhammad Ryan Qashry Bin Abdullah
Date Of Birth : 30th June 2012
Time Of Birth : 1128 Hrs
Place Of Birth : Sarawak General Hospital
Weight : 2.12Kg

Susah Senang Sy bersama Dia buat masa ni Kawan yang bnyk membantu, wpun kawan sy tu bukan Islam sekurang2 nya dia bnyk membatu sy memandikan Baby Ryan, Bawa Kami g Clinic utk Check Up.. thanks Ms Teo for helping me & Baby Ryan... I wish My mum still Alive.. Kalo Mumy masih ada kan Dia yang akan tlg sy tlg jaga ryan & sy.. tapi tak perlah Mum.. im So sory for everything, all i can gave u is Ryan..